Intan (drama TV 1970)

Intan merupakan sebuah drama televisyen yang bersiaran pada tahun 1970 di Malaysia. Drama ini dibintangi oleh pelbagai pelakon lama dan baru seperti P. Ramlee, A. R. Tompel, Mahmud June, Mariani, Ebby Saifullah dan sebagainya. Pada mulanya, P. Ramlee telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama ini yang belum pernah beliau lakonkan. Beliau yang mempunyai banyak masa terluang telah menerima tawaran tersebut berikutan kontraknya dengan Merdeka Film Productions hampir tamat.[1]Cerita ini juga mempunyai pertalian rapat dengan P. Ramlee kerana pada asalnya, drama ini diilhamkan daripada novel Intan hasil nukilan Abdullah Hussain. Selain itu, Zainuddin Nordin juga turut terlibat dalam penubuhan Perusahaan Filem Malaysia Sdn. Bhd. (PERFIMA) yang turut disertai P. Ramlee. Selain itu, P. Ramlee pernah berlakon dalam siri televisyen Rantau Selamat hasil arahan Zainuddin Nordin pada tahun 1972.[2] Cerita berbentuk drama ini pernah dijadikan filem di Indonesia dengan tajuk Intan Berduri pada tahun 1972 hasil arahan Turino Djunaedy dengan menggunakan pelakon utama iaitu Benyamin S. dan Rima Melati.[1]